PENDAFTARAN 2016
Pendaftaran untuk sesi 2016 :-
Tarikh : 01 September hingga 30 Oktober 2015
Masa : 08.00 pagi sehingga jam 03.00 petang
Tempat : Tadika Islam Sumayyah Danau Lumayan, Unit 18, 20 & 22, Jalan Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras 56000 Kuala Lumpur
* Permohonan terhad
Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
SELAMAT DATANG KE TADIKA ISLAM SUMAYYAH DANAU LUMAYAN MAIWP
Sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP). Tadika Islam MAIWP mempunyai 6 zon termasuk di Labuan iaitu Zon Bandar Tun Razak, Zon Batu, Zon Setapak, Zon Bangsar, Zon Titiwangsa dan Zon Labuan. Satu zon mewakili 15 ke 17 buah tadika. Tadika Islam Sumayyah Danau Lumayan termasuk di bawah pentadbiran Zon Bandar Tun Razak. Sekolah ini telah dibuka pada 31 Mac 2014 dengan jumlah pelajar seramai 124 orang dan 8 (lapan) orang guru. Pada tahun ini iaitu 2015 bilangan murid telah bertambah seramai 224 orang dengan bilangan guru seramai 11 orang. Sekolah kami menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan iaitu KSPK dengan penambahan dari modul kami sendiri iaitu Pengajian Al-Quran. Melahirkan pelajar yang celik Al-Quran di samping kurikulum yang sedia ada dan diguna pakai. Sekolah ini mempunyai visi dan misi yang tertentu bagi melahirkan kanak-kanak Ulul Albab pada masa kini dan masa hadapan. ” TADIKA ISLAM SUMAYYAH CERIA CEMERLANG “